Daily Archives: August 4, 2009

Munajat kepada Allah

DoaSelamatDariPenyakit

Malaysia tidak terkecuali daripada menerima ujian yang didatangkan oleh Allah SWT sebagai peringatan kepada manusia. Lihatlah dengan sekelip mata sahaja.. dengan hanya mendatangkan satu jenis wabak yang mudah, seakan-akan demam biasa tetapi sudah mampu untuk membunuh.. hatta kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan sekutunya sekalipun tidak mampu melawannya.

Aku juga semakin gerun apabila membaca di dada akhbar setiap hari akan maha dasyatnya serangan wabak ini. Satu persatu sekolah dan institusi pengajian ditutup. Dan kini ada di kalangan sahabat aku juga yang disyaki menghidapi wabak selsema babi itu.

Semoga Allah menyelamatkannya dan menyelamatkan kita semua daripada malapetaka yang dasyat ini. Tanda-tanda kiamat semakin hampir.. Herm.. Ya Allah.. Aku masih belum berkahwin..

Selain daripada langkah keselamatan seperti topeng muka, vitamin C, vaksin yang belum sampai lagi, dan pelbagai usaha lain yang termampu, maka sudah tentulah pengharapan yang tertinggi adalah kepada  Allah SWT.

Di atas aku lampirkan doa yang diajarkan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri 9, Dato’ Murtadza bin Hj Ahmad. Marilah kita sama-sama mengamalkannya dengan hati yang khusyu’ kepada Allah. InsyaAllah.

Dengan nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kami berlindung dengan Mu Ya Allah,

Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan,

kami berpaut padaMu Ya Allah, Tuhan pemilik sekalian alam yang ghaib,

dan kami bertawakkal padaMu Ya Allah, Tuhan yang hidup lagi tidak mati.

Wahai Tuhan kami,

Jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dasyat,

dan peliharalah kami daripada segala penyakit yang berjangkit, ta’un dan bala bencana,

dengan ihsan Mu, wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui,

Sesungguhnya Mu Ya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.

Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami, Nabi Muhammad S.A.W,

ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya.

Segala pujian bagi Mu Ya Allah, Tuhan Pemilik Sekalian Alam.

* Untuk paparan do’a yang lebih jelas, sila klik di sini