Perutusan Aidilfitri versi Aku

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sabda Baginda Rasulullahi shallallahu alaihi wasallam:

“Setiap hamba pada hari kiamat tidak akan dapat mengorak langkah menuju ke mana jua   selagi dia belum selesai disoal siasat mengenai empat perkara:
1. Umurnya di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahulu?
2. Masa remajanya bagaimanakah dia menghadapi ujian waktu itu?
3. Hartanya bagaimana dia memperolehinya dan bagaimana dia membelanjakan?
4. Ilmunya apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?

(Hadith Riwayat Muaz bin Jabal radhiallahu anhu)

Allahu akbar, Allahu akbar walillahilhamdu.

Ramadhan sudahpun berada di penghujung beranda. Banyak pengajaran yang telah ku lalui di sepanjang bulan yang penuh barakah ini. Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini amat istimewa dalam hidupku. Pada bulan inilah aku memulakan Latihan Dalam Kamar (Chambering). Pada bulan inilah aku mula mengenal Kuala Lumpur. Pada bulan inilah aku membiasakan diri dengan LRT dan Monorail. Pada bulan inilah aku mula berjinak-jinak dengan masjid di sini. Pada bulan inilah aku bertawaf ke Mahkamah, Bar Council dan KL Bar Committee. Pada bulan inilah aku mendisiplinkan diri sampai ke ofis sebelum pukul 8 pagi setiap hari. Dan banyak lagi!

Aku akan mengingati Ramadhan ini sebagai tarikh permulaan Jihadku. Mungkin Jihadku tidaklah sehebat Jihad Golongan Awwalun di dalam lembah Badar Al-Kubra. Sungguh memang aku bukan sehebat itu. Lapangan ujianku di sini.

Syukur sudah sebulan pun berlalu. Dalam sedar tak sedar tinggal 8 bulan sahaja lagi sebelum menjadi Peguam Insyaallah harap-harap jadilah nanti. Doakan aku rakan dan taulan supaya teguh dalam perjuangan ini. Supaya nanti boleh ku jawab di akhirat nanti akan apa amalku, akan apa perjuangan ku, akan apa lakuku.

Cukup sekadar ini coretanku. Ayam dan itik di kampung sudahpun menunggu.

Salam Aidilfitri dan Salam Kemaafan utusku. Kalau ada salah dan silap diharap biarlah ia berlalu.

Allahu akbar, Allahu akbar walillahilhamdu.


Leave a comment