Pengantin

 


Malaysia mahu jadi negara nuklear?

Kerajaan Jepun kini dirundung malang kerana bahana letusan nuklear. Belum pun reda kadar radiasi di fukushima, Malaysia pula termimpi-mimpi untuk mengikut jejak langkah jepun membina reaktor nuklear.

Sedangkan binaan stadium pun boleh runtuh, jambatan pun boleh merekah, inikan pula mahu membina reaktor nuklear!

Kerajaan sepatutnya melupakan sahaja cita-cita pak pandir ini. Dengarlah nasihat Dr M dalam isu ini. Banyak lagi kita tak tahu pasal nuklear ni. Tolong jangan nak main try and error. Yang merana nanti anak cucu kita.

Kalau keuntungan yang dicari, banyak lagi minyak yg boleh dikorek. Banyak lagi balak yg boleh ditebang. Tapi jangan nak cari untung dengan nuklear. Bukak reaktor nuklear bukan macam main LEGO.

Barisan Nasional akan membayar dengan harga yang mahal jika projek nuklear ini menyimpang dan membawa padah ke atas warga berdaulat ini!


Blackberry dan dunia tanpa sempadan!

Posting menggunakan Bold 3 sememangnya mengujakan!

Posted with WordPress for BlackBerry.


Seputar Kursus Motivasi anjuran YTM

Bersama VP TM, Dr Zainal

Bersama VP TM, Dr Zainal

Baru-baru ini aku menghadiri kursus motivasi anjuran Yayasan Telekom Malaysia.

Dapatlah aku berkenal-kenalan dengan rakan-rakan lain dari universiti serata Malaysia. Di akhir kursus, Dr. Zainal Abu Zarin telah sudi hadir untuk merasmikan penutupan majlis tersebut.

Antara ucapan Dr Zainal: “We don’t want your money. We just want your commitment.”

Seringkali Dr Zainal mengingatkan aku, “Lepas habis kalau HR tak call, terus call saya!” Terima kasih aku ucapkan ke atas keprihatinan yang ditunjukkan Dr Zainal.

InsyaAllah, hanya tinggal 2 bulan setengah sahaja lagi sebelum aku menamatkan “latihan dalam kamar”.  Setelah aku secara rasmi bergelar sebagai “Peguam”, jika dipanjangkan usia dan direzekikan kesihatan oleh Allah, aku pasti akan kembali semula kepangkuan TM…

Kata-kata Semangat yang sentiasa diungkap dibibir peserta:

We are ONE TM

PASSION to win

Support each other

Challenge!!


Perlancaran Globalia

Jumaat baru-baru ni, aku berpeluang menghadiri majlis perlancaran majalah ‘Globalia’ yang diterbitkan oleh European Muslim. Firma Guaman tempat aku bekerja dijemput untuk menghadiri majlis tersebut. Dipendekkan cerita aku pun pergi.

Kemudian dekat sana aku pun meluangkan masa mendengar talk Dr. Mahathir selama hampir satu jam. Aku rasa korang yang pernah baca blog aku pun tahu yang aku ni bukan fan dia. Banyak tulisan-tulisan aku sebelum ini yang mengkritik tindakan/dasar/keputusan yang dibuat olehnya sepanjang menjadi Perdana Menteri dahulu.

Tetapi itu tidak menjadikan mata dan telinga aku tertutup daripada untuk melihat dan mendengar ucapan dia. Aku lebih memilih untuk menjadi seorang yang rasional. Walaupun aku tak bersetuju dengan dia dalam banyak perkara, tetapi aku rasa tak salah kalau aku bersetuju dengan sebahagian perkara lain yang diperkatakan olehnya. Sama jugak macam kita. Tak semua benda yang kita buat betul. Dan tak semua benda yang kita buat salah jugak kan. Dah nama pun manusia. Tentu ada salah dan silap! We have to be fair to him and to ourselves as well. Kata Tuhan,

“Wahai orang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Maidah, ayat 8).

Dan ketika dalam majlis itu, ada di antara isi ucapan Dr. Mahathir yang aku setuju seperti isu penguasaan ilmu pengetahuan, imperialisme barat, penguasaan yahudi dan gesaan agar Hosni Mubarak meletak jawatan. Aku macam tak percaya bila dia suruh Mubarak letak jawatan! But that’s what he said. I’m quite impressed about that. Dia cakap mak dia pesan,

“Jangan sesekali duduk rumah orang lama-lama. Balik sebelum orang benci @ meluat.”

Sama jugak dalam politik. Berhenti sebelum disuruh berhenti. Bila dah lama orang pun benci. Betul nasihat tu.

Dan ada juga antara ucapan dia yang aku tidak setuju dan berbeza pandangan terutamanya apabila dia mengulas tentang isu agama. Bagi aku dia adalah ahli politik dan bukan ahli agama. Jadi apabila dia bercakap tentang agama, aku tidak akan menjadikan ucapannya sebagai otoriti.

Aku berpandangan apa yang dilakukan Dr. Mahathir ketika kepimpinannya dahulu akan tetap dinilai timbangan kebaikan dan keburukannya. Yang mana baiknya dan yang mana buruknya akan tercatat dengan sendirinya di dalam kitab yang bernama “Sejarah”. Seperti kata Hosni Mubarak, “Di bumi ini, saya akan mati. Sejarah akan menilai saya dan kita semua!”

Dan di akhirnya, kita semua akan dinilai oleh Allah Azza wa Jalla di hadapan Mahkamah yang tiada bandingannya di dunia ini. Hari yang tiada manfaat harta-benda dan anak-pinak kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera. Itulah hari perhitungan. Hari pengakhiran. Hari kebangkitan.. Yaumul Qiyamah..


Legal Aid Center (LAC)

During my first day in a Legal Aid Center (LAC), I have learned a very valuable lesson. Life is hard! I’m so pity with those people who are suffering. They need help. No wonder every day we can see people commit suicide.

Although LAC has a limited resources (No Funding from the Government), but yet it serve people at their best. I proud to be part of this community service.

14 000 of a lawyer at the moment share this burden and together we donate OUR pocket money to ensure this LAC still keep going. All our service is FREE OF CHARGE!

If you have money, you can easily solve any problem you have. However, if you have nothing, where will you go? Government will only help you 5 years once! That’s definitely during election time.

Your wife left you, you’ve been cheated, you’ve lost your job. Who will defend you? Who will lend their ears to hear your problem and lend their shoulder for you to cry? Mind you, that’s what LAC is all about.

Thus, before people want to condemn lawyer, please think again! Think twice.

Today I can loudly say that I am proud to be a lawyer!


Exam dan Exam lagi

Apakah masyarakat kita sangat mementingkan ETIKA?

Apakah masyarakat kita sangat mementingkan ETIKA?

Minggu depan aku exam lagi. Nama exam tu “Bar Council’s Professional Standards and Ethics Course examination.”

Exam ni wajib kepada semua orang yang nak jadi Lawyer. Bukan senang nak jadi Lawyer ni. Dah grad pun kena lagi amik macam-macam jenis exam. -_-!

Tapi takpa la. Walau apapun, ada jugak kebaikan exam ni. Senang cerita Exam ni diwujudkan dengan harapan supaya semua Lawyer yang bakal dilahirkan di Malaysia ini  akan menjadi seorang yang beretika dan beramanah. Itu jer. Topik2 dalam exam ni semuanya berkaitan dengan etika. Tak boleh tipu mahkamah, tak boleh tipu klien, tak boleh tibai duit klien, dan macam2 lagi nilai murni yang cuba diterapkan.

Tapi sebab akhir zaman, ajar lah sampai berbuih mulut pun, kalau hati tue dah hitam, hitam jugak jadinya. Sebab tue kita dengar macam-macam kes tentang lawyer. Yang bunuh orang pun ada!

Dan isu “Etika” ini sebenarnya merentasi profesion. Ia bukan hanya eksklusif untuk profesion guaman semata-mata. Tak kira lah kerja apa pun. Daripada sekecik-kecik jawatan sampailah ke tahap Perdana Menteri sekalipun, nilai-nilai Etika seperti Jujur dan Amanah tidak boleh dipisahkan. Tapi persoalannya berapa ramai manusia yang masih beramanah hari ini? Adakah kita benar-benar yakin bahawa Kerajaan kita pada hari ini 100% bersih dan beramanah? Apakah kita yakin bahawa Penjawat Awam dalam Kerajaan benar-benar bersih dari segala korupsi? Berapa peratus keyakinan kita? Yang aku tahu berdasarkan survey Barometer Antarabangsa Rasuah 2010 yang dibuat oleh Transparency International, menyatakan hampir 50% daripada rakyat kita yakin bahawa gejala rasuah berleluasa di segenap peringkat. Wallahua’lam

Kembali semula kepada isu Exam aku ni, falsafah dan tujuan Exam ni memanglah murni. Cuma aku ni bila nak baca nota Ethic ni, baru 2 perenggan baca, dah masuk dalam dunia transformers (alam mimpi lah tue) Haha!

Dan selain dari Exam ni, ada jugak hari makan beradab. Belajar cara nak guna sudu dan garpu. Dah 25 tahun hidup baru belajar cara nak makan dengan betul :p

Doakan aku lulus, Ameeen


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.