Malaysia mahu jadi negara nuklear?

Kerajaan Jepun kini dirundung malang kerana bahana letusan nuklear. Belum pun reda kadar radiasi di fukushima, Malaysia pula termimpi-mimpi untuk mengikut jejak langkah jepun membina reaktor nuklear.

Sedangkan binaan stadium pun boleh runtuh, jambatan pun boleh merekah, inikan pula mahu membina reaktor nuklear!

Kerajaan sepatutnya melupakan sahaja cita-cita pak pandir ini. Dengarlah nasihat Dr M dalam isu ini. Banyak lagi kita tak tahu pasal nuklear ni. Tolong jangan nak main try and error. Yang merana nanti anak cucu kita.

Kalau keuntungan yang dicari, banyak lagi minyak yg boleh dikorek. Banyak lagi balak yg boleh ditebang. Tapi jangan nak cari untung dengan nuklear. Bukak reaktor nuklear bukan macam main LEGO.

Barisan Nasional akan membayar dengan harga yang mahal jika projek nuklear ini menyimpang dan membawa padah ke atas warga berdaulat ini!

About al-keriani


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.