
Bersama VP TM, Dr Zainal
Baru-baru ini aku menghadiri kursus motivasi anjuran Yayasan Telekom Malaysia.
Dapatlah aku berkenal-kenalan dengan rakan-rakan lain dari universiti serata Malaysia. Di akhir kursus, Dr. Zainal Abu Zarin telah sudi hadir untuk merasmikan penutupan majlis tersebut.
Antara ucapan Dr Zainal: “We don’t want your money. We just want your commitment.”
Seringkali Dr Zainal mengingatkan aku, “Lepas habis kalau HR tak call, terus call saya!” Terima kasih aku ucapkan ke atas keprihatinan yang ditunjukkan Dr Zainal.
InsyaAllah, hanya tinggal 2 bulan setengah sahaja lagi sebelum aku menamatkan “latihan dalam kamar”. Setelah aku secara rasmi bergelar sebagai “Peguam”, jika dipanjangkan usia dan direzekikan kesihatan oleh Allah, aku pasti akan kembali semula kepangkuan TM…
Kata-kata Semangat yang sentiasa diungkap dibibir peserta:
We are ONE TM
PASSION to win
Support each other
Challenge!!




