
Jumaat baru-baru ni, aku berpeluang menghadiri majlis perlancaran majalah ‘Globalia’ yang diterbitkan oleh European Muslim. Firma Guaman tempat aku bekerja dijemput untuk menghadiri majlis tersebut. Dipendekkan cerita aku pun pergi.
Kemudian dekat sana aku pun meluangkan masa mendengar talk Dr. Mahathir selama hampir satu jam. Aku rasa korang yang pernah baca blog aku pun tahu yang aku ni bukan fan dia. Banyak tulisan-tulisan aku sebelum ini yang mengkritik tindakan/dasar/keputusan yang dibuat olehnya sepanjang menjadi Perdana Menteri dahulu.
Tetapi itu tidak menjadikan mata dan telinga aku tertutup daripada untuk melihat dan mendengar ucapan dia. Aku lebih memilih untuk menjadi seorang yang rasional. Walaupun aku tak bersetuju dengan dia dalam banyak perkara, tetapi aku rasa tak salah kalau aku bersetuju dengan sebahagian perkara lain yang diperkatakan olehnya. Sama jugak macam kita. Tak semua benda yang kita buat betul. Dan tak semua benda yang kita buat salah jugak kan. Dah nama pun manusia. Tentu ada salah dan silap! We have to be fair to him and to ourselves as well. Kata Tuhan,
“Wahai orang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Maidah, ayat 8).
Dan ketika dalam majlis itu, ada di antara isi ucapan Dr. Mahathir yang aku setuju seperti isu penguasaan ilmu pengetahuan, imperialisme barat, penguasaan yahudi dan gesaan agar Hosni Mubarak meletak jawatan. Aku macam tak percaya bila dia suruh Mubarak letak jawatan! But that’s what he said. I’m quite impressed about that. Dia cakap mak dia pesan,
“Jangan sesekali duduk rumah orang lama-lama. Balik sebelum orang benci @ meluat.”
Sama jugak dalam politik. Berhenti sebelum disuruh berhenti. Bila dah lama orang pun benci. Betul nasihat tu.
Dan ada juga antara ucapan dia yang aku tidak setuju dan berbeza pandangan terutamanya apabila dia mengulas tentang isu agama. Bagi aku dia adalah ahli politik dan bukan ahli agama. Jadi apabila dia bercakap tentang agama, aku tidak akan menjadikan ucapannya sebagai otoriti.
Aku berpandangan apa yang dilakukan Dr. Mahathir ketika kepimpinannya dahulu akan tetap dinilai timbangan kebaikan dan keburukannya. Yang mana baiknya dan yang mana buruknya akan tercatat dengan sendirinya di dalam kitab yang bernama “Sejarah”. Seperti kata Hosni Mubarak, “Di bumi ini, saya akan mati. Sejarah akan menilai saya dan kita semua!”
Dan di akhirnya, kita semua akan dinilai oleh Allah Azza wa Jalla di hadapan Mahkamah yang tiada bandingannya di dunia ini. Hari yang tiada manfaat harta-benda dan anak-pinak kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera. Itulah hari perhitungan. Hari pengakhiran. Hari kebangkitan.. Yaumul Qiyamah..




